29 April 2014
Hmmmmm... ni first try nak menulis dalam blog. Selalu aku just melayan perasaan, dulu2 zaman sekolah selalu gak buat cerpen or conteng kat buku tapi bila dah beso panjang nih just memendam perasaan jer. Dek kerana selalu simpan dalam hati, aku jadi sengal hahahah... betulkah ayat ku itu.. kadang2 bila tension nanges dalam bilik air.
Harini aku buat keputusan drastik, chewaahh ... drastik lah sangat. Aku nak curah perasaan aku melalui blog. Tak kiralah ada yang sudi baca ke tak, as long as aku dapat meringankan beban perasaan ku.
Ok, for starting.. kisah aku dan other half ku yang kuat cemburu
Hailah hubby, umur aku dah meningkat bertengkek tengkek tapi cemburu dia mak aii masih cam aku zaman muda remaja. Hari tu dia boleh merajuk dek kerana aku lalu rumah ex-bf, dah dekat 20 tahun kahwin pun masih sangsi ke sayang.. Aku lalu rumah tu pun kerana tumpang kereta kakak ipar, kalau tak sorry lah nak ikut jalan tu. Aku ni kira jenis yang jaga hati hubbylah.. dia tak suka aku tak buat. Kadang2 kawan2 selalu cakap yang aku ni jenis yang terlalu ikut kata laki. Terlalu memanjakan laki, dah tu nak buat camner, dah hati aku ni sayang bebeno kat dia so aku ikutkan je lagipun aku tak suka lah nak bertengkar2 dek benda2 camtu.
Laki tak suka aku kawan dgn adik ex , aku ikutkan jugak padahal kawan aku tu best friend zaman sekolah lagi. Kejam ke aku. Taklah jugak kan coz sekarang masing2 sibuk so mmg takde masa punya nak contact kawan2 sekolah.. Kawan tu pernah add aku dlm fb, bila hubby tau aku remove dia. Apalah salah kawan tu ek. Sorry ye friend, suami tukan syurga isteri, so kalau dia tak izin aku kawan dengan awak terpaksa lah kita tak contact lagi. Harap awak faham lah ye.
Kenapa laki aku benci benar dengan ex aku tu... ni semua gara2 zaman kolej. Zaman mula2 bercinta dengan laki aku. Kisah aku nih kira menyakitkan hati dan memalukan aku gak so rasanya takyah cerita lebih. Cukup aku katakan aku antara manusia yang sangat bodoh kerana ikut je kata2 romantik seorang yang bergelar lelaki. Aku layan dia (ex) dengan baik (terlebih baik kut). Dia even mintak mcm2 dari aku. Dahtu bila aku tak nak layan kehendak2 dia yang bukan2 dia start jauhkan diri dari aku.
Hubungan kita org makin renggang, dulu aku pernah ikut dia pergi disco sekali, then tobat aku taknak ikut. Mungkin kerana aku nih tak semoden pompuan lain kut dia jauhkan diri dari aku. Tup2 aku dengar dia selalu heret sorang pompuan jiran kawan dia. Biasalah kan anak orang kaya, kalau pompuan taknak ikut kehendak dorang, dorang pasang lain. Aku je yang bodoh masa tu masih mengharap dgn dia.
Bila aku masuk kolej, aku dah nekad tak nak lagi dgn dia, act kita org takde cakap pun yg kita org putus, just renggang, makin renggang n last sekali tak contact.. dia ajak gak keluar tapi aku taknak. Last2 dia lupakan aku. Aku plak tercarik2 dgn dia, yalah sebagai seorang pompuan of coz aku taknak jd cam baju.. bila nak pakai sarung, bila tak nak tikam jer.
Bila laki aku skrg nih kenenkan aku, aku masa tu masih blur dgn ex so aku layan je. Mula2 just main kirim salam je. Bila dia ajak keluar aku fikir gak 2 3 kali, yalah aku nih kategori pompuan yang kuno lah.. yalah kalau dah da boyfren tu takkan nak pasang spare tyre lagi satu.. memandangkan aku dgn ex tak pernah ckp putus tu yg aku x sure nak trima dia ke tak.
1st time kluar dia, ajak kluar ramai2. Siap pergi kedai mak dia. Dia cakap dia taknak aku takut dgn dia so tu yg dia kenalkan mak dia dgn aku. Aku kira terharu gak. 1st time da lelaki buat camtu. Lepas tu aku selalu gak keluar berdua dgn dia. Bila dah lama kit, dia curahkan perasaan dgn aku.. adoiii aku penin mak. Camner eh...
Aku nih ntah bodoh ke bengong, aku pergi terus terang dgn dia yg aku nih bukanlah pompuan yang baik sangat..yalah masa keluar dgn dia kira aku nih masih gf org lain cuma yg dah lost contact.. dia tanya aku siapa ex bf aku, tapi aku taknak cakap.
Agak lama gak kita org kawan sampailah oneday dia dapat tau sendiri siapa ex aku.. tu yang dia sakit hati coz ex aku abg bff aku. & dia slalu hantar aku pi rumah bff aku tu. Marah dia bukan2. Aku cakap kat dia, aku mmg dah takde perasan kat ex tu tp org dah marah takde makna nya nak maaf kan.
Dia cakap dia plg sakit hati bila ingatkan yg ex aku tu selalu jeling dia time dia hantar or pick aku kat rumah bff aku tu. Skrg baru dia tau kenapa ex aku tu tak pernah senyum kat dia. Adooiii aku tak perasan pun benda tu. Salah aku ker... memang salah aku pun kan.
Sejak tembelang aku pecah, dia tak benarkan aku kawan dgn bff aku tu lagi.. dia suruh aku pilih antara kawan dengan dia. Aku time tu dpt rasa yg dia adlh org nya utk aku, coz dia tak pernah ambik kesempatan pun dengan aku, nak pegang tangan aku pun dia mintak izin. so aku ikut kata dia. Masalah nya sampai sekarang dia selalu ungkit aku. huhuhuhu..
"Abang sayang, izza tau izza salah tapi tolonglah lupakan kisah lalu izza.. izza sayang & cinta abang seorang, Takde orang lain yg dpt rebut tempat abg dihati izza.. soo please janganlah diungkit lagi kisah lalu izza. Izza tersangat bersyukur kerana memiliki abang"
hehehehh... meleleh lah plak.. k... lah cukup buat hari ni coretan rasa hati seorang insan kerdil nih. esok2 aku tulis lagi.. segala flash back so segala rasa yang terpendam.